|

Ziarah Ke Lokasi Bangunan Asrama Terbakar Di Sekolah Menengah Tahfiz Al Abkori JAIM di Komplek Dalak Al Khawarizmi

 ya1

ya2

ya3

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Ziarah ke lokasi bangunan asrama terbakar di Sekolah Menengah Tahfiz Al Abkori JAIM di Komplek Dalak Al Khawarizmi. Turun bersama meninjau keadaan bangunan dan pelajar tahfiz Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil dan Pegawai Tugas Khas Agensi Agama Negeri, Ybhg. Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud.
 
Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim juga hadir melihat sendiri keadaan bangunan berkenaan. Masih lagi dalam siasatan pihak bomba dan sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT  kerana tiada kecederaan dan kemalangan jiwa yang melibatkan pelajar dan penghuni asrama. 
 
Pihak MAIM dan Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) akan memantau keadaan semasa dan memastikan keselesaan dan kebajikan pelajar ini akan dijaga sebaiknya.
 
Firman Allah SWT : “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” Surah Ibrahim ayat 14.
 
 
 

FB : Ziarah Ke Lokasi Bangunan Asrama Terbakar Di Sekolah Menengah Tahfiz Al Abkori JAIM di Komplek Dalak Al Khawarizmi

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 30 April 2024, 04:33:23.

Jumlah Pelawat

003729900

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN