
Objektif Korporat
- Mendorong dan menggerakkan Masyarakat Islam ke arah peningkatan ilmu dan amalan yang cemerlang sesuai dengan tujuan mewujudkan Masyarakat berdaya maju, berakhlak dan bercita-cita tinggi berdasarkan syariat Islam.
- Menjadikan MAIM sebagai organisasi penyatu ummah dan rujukan masyarakat Islam dalam permasalahan yang timbul.
- Menjalinkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan budaya melalui dakwah yang berkesan dan mantap.
- Memaju dan membangunkan Baitulmal untuk memantapkan ekonomi secara berperancangan yang rapi dan berhati-hati dalam bidang pelaburan, pembinaan dan perniagaan yang tidak bercanggah dengan syarak.
- Membangunkan dan mengembangkan institusi zakat untuk manfaat masyarakat Islam.
Visi
Nadi utama terunggul dalam memelihara dan mengupayakan kemajuan sosio ekonomi ummah
Misi
Mendorong, menggalak , membantu dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di Negeri Melaka selaras dengan hukum syarak melalui pemerkasaan Baitulmal



