

Encik Muhammad Aiman bin YusoffKetua Unit Psikologi
Pegawai Psikologi S9Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pegawai Psikologi S9
Carta Organisasi - Agensi

Carta Organisasi - Bahagian

Carta Fungsi

Aktiviti-aktiviti bagi Fungsi
UNIT PSIKOLOGI
1. Memberikan khidmat nasihat psikologi dan kaunseling kepada kakitangan dan pelanggan Majlis Agama Islam Melaka.
- Melaksanakan perkhidmatan kaunseling/bimbingan dan psikoterapi kepada kakitangan dan pelanggan Majlis Agama Islam Melaka.
- Menyelaras Program Cakna Asnaf (ziarah asnaf) bagi menyediakan sistem sokongan moral kepada asnaf di negeri Melaka yang mengalami kesusahan dan kesempitan dalam kehidupan.
2. Melaksana program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi dan kaunseling merangkumi aspek penilaian, pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
- Menyampaikan input psikologi dan kaunseling berbentuk seminar/bengkel bagi mencapai kesejahteraan tahap kefungsian psikologi yang tinggi dalam kalangan kakitangan dan pelanggan Majlis Agama Islam Melaka.
- Menyelaras Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) peringkat Majlis Agama Islam Melaka.
- Mencipta dan menyediakan bahan bacaan berkaitan kesihatan mental bagi memupuk kesedaran kepentingan kesihatan mental dalam kalangan kakitangan dan pelanggan Majlis Agama Islam Melaka.
3. Melaksanakan dan mentadbir ujian psikologi untuk kesejahteraan kesihatan mental dalam kalangan kakitangan dan pelanggan Majlis Agama Islam Melaka.
- Menyelaras ujian psikologi kepada kakitangan dan pelanggan Majlis Agama Islam Melaka bagi membantu penilaian psikologi lebih terperinci dan tepat.
4. Menjalankan penyelidikan psikologi dan kaunseling.
- Menganalisa dan menyediakan laporan bagi penilaian psikologi yang telah dilaksanakan.
- Mengadakan lawatan kunjung hormat ke agensi awam/swasta yang lain bagi mendapatkan input berkaitan psikologi dan kaunseling.



