

Encik Mohd Rizalman bin SyedPSU Bahagian
Pegawai Tadbir N10Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pegawai Tadbir N10
Carta Organisasi - Agensi

Carta Organisasi - Bahagian

Carta Fungsi

Aktiviti-Aktiviti Bagi Fungsi
UNIT HASIL WAKAF DAN BAITULMAL
- Menguruskan surat menyurat dan dokumen berkaitan promosi wakaf dan baitulmal sama ada secara langsung, media cetak dan elektronik.
- Melaksanakan ceramah dan tazkirah wakaf dan Baitulmal di Masjid, Surau, Madrasah, Jabatan, Agensi dan sebagainya.
- Menguruskan pelaksanaan dan promosi saham wakaf tunai dan wakaf pembinaan masjid Pulau Besar dengan pelbagai kaedah seperti tunai, tabung, kaunter, cek, pindahan bank dan potongan gaji.
- Kutipan Tabung Saham Pembinaan Masjid Pulau Besar di masjid-masjid Kerajaan Negeri Melaka.
- Pengurusan buku resit kupon saham wakaf oleh amil-amil negeri Melaka.
- Pengurusan portal iWakaf Melaka.
- Pengurusan Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM).
- Menguruskan pentadbiran Masjid Kg Hulu, Masjid Kg Keling & Surau Bunga Raya.
- Menguruskan terimaan harta luqatah, penyimpanan harta luqatah, proses pelupusan dan agihan manfaat.
- Menguruskan proses permohonan kiraan Fidyah, Kaffarah, Wang Tidak Patuh Syariah, Wang Orang Yang Berhutang.
- Pengurusan mengeluarkan sebutharga bagi penandaan arah kiblat.
- Pengurusan nazir khas Mutawalli.
- Pengurusan data hasil pengurusan luqatah.
- Pengurusan program manfaat agihan produk wakaf.
- Pengurusan program manfaat agihan dana kutipan fidyah dan tabung amal jariah.
- Menguruskan permohonan kebenaran pungutan khairat dan saham wakaf khas.
- Menguruskan lejar akaun saham Wakaf Khas seluruh negeri Melaka.
UNIT PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN TANAH
- Memastikan bahawa pentadbiran harta wakaf dan baitulmal khususnya di seluruh negeri Melaka lebih tersusun, sistematik berlandaskan hukum syarak.
- Mengendalikan permohonan wakaf, pengambilan tanah dan permohonan tanah kerajaan.
- Menguruskan proses pemutihan tanah-tanah wakaf.
- Merancang pemantauan dan penyeliaan terhadap keseluruhan tanah wakaf yang berdaftar dengan MAIM.
- Menguruskan aduan berkaitan tanah-tanah wakaf dan Baitulmal.
- Mengurus, memantau dan menyelia Sistem Hartanah MAIM.
- Menghadiri mesyuarat berkaitan tanah di peringkat perseketuan dan jabatan.
- Memantau projek-projek pembinaan masjid/surau/SRA di atas tanah milik MAIM.
- Menguruskan proses permohonan pengurusan pusaka Baitulmal sehingga selesai.
- Lawatan pemantauan dan pembersihan tanah Baitulmal secara berkala/tahunan.
- Pengurusan bayaran cukai tanah, cukai taksiran, dan bil pembentungan bagi tanah Baitulmal.
- Menguruskan permohonan pengalihan kubur islam lama di dalam Negeri Melaka.
- Menguruskan pentadbiran Madrasah Pulau Besar, Pernu, Melaka
- Menguruskan hal ehwal surat menyurat, urusan perjalanan fail termasuk pembukaan dan penutupan fail.
- Merekod, mengemaskini dan mendokumentasi hal-hal berkaitan bahagian.
- Menyelaras dan mengurusetia pelaksanaan mesyuarat bahagian dan mesyuarat yang berkaitan.
UNIT WAKAF KHAS MASJID DAN SURAU
- Menguruskan hal-hal tugasan Pegawai Syarak MAIM dan Penyelaras Masjid MAIM.
- Pelaksanaan tugasan solat fardhu berjemaah.
- Pelaksanaan tugasan solat fardhu Jumaat dan Solat Sunat Hari Raya.
- Program pengimarahan agama di Masjid Kg. Hulu, Masjid Kg. Kling dan Surau Bunga Raya.
- Permohonan untuk kegunaan ruang solat dan kawasan sekitar masjid.
- Permohonan nikah di masjid kariah.
- Pengurusan jenazah.
UNIT PENGURUSAN MASJID DAN MADRASAH
Unit ini di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).



