|

Ziarah Dan Meninjau Beberapa Buah Rumah Asnaf Dan Saudara Baharu Muallaf Yang Dilanda Ribut

ribute1

ribute3

ribute4

ribute2

 

Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah

Masa mencemburui kita, MAIM tak buang masa terus turun padang ziarah dan meninjau keadaan beberapa buah rumah asnaf dan saudara baharu mualaf yang dilanda ribut baru-baru ni sekitar DUN Ayer Molek dan DUN Banda Hilir.

Kali ni kami Bahagian Pembangunan Hartanah MAIM, Bahagian Agihan Zakat MAIM dan Bahagian Balai Islam MAIM melihat dengan lebih dekat keadaan rumah asnaf yang ditimpa musibah. Kita akan lihat keperluan dan kos yang diperlukan asnaf, ye la kan mereka semua bukan orang senang, jadi inilah masanya kita betul-betul bantu mereka. Allah SWT uji mereka pasti akan ada hikmah disebaliknya.

Ada yang bumbung tercabut, syiling jatuh, struktur tak stabil. Kita dapatkan info dan gambar dengan lebih jelas, insha Allah akan kita bantu dengan segera, risau kejadian ribut hujan lebat datang lagi. Lagi risau tu je la rumah yang mereka ada.

Terima kasih kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah dan JAPERUN Ayer Molek yang sudi bersama dalam lawatan ni.

Allah SWT berfirman mafhumnya : "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” - Surah al-Baqarah ayat 155.

FB:  Ziarah Dan Meninjau Beberapa Buah Rumah Asnaf Dan Saudara Baharu Muallaf Yang Dilanda Ribut

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Jumaat 18 Julai 2025, 02:31:10.

Jumlah Pelawat

003925350
Today: 244
Yesterday: 374
This Week: 2,326
This Month: 7,229
This Year: 93,210

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY