|

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Cawangan Melaka, Bahagian Agihan Zakat MAIM dan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Menyampaikan Sumbangan Daging Mentah Sempena Bulan Zulhijjah dan Sambutan Hari Raya Aidil Adha

AD 1

AD 2

AD 4

AD 3

 

Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
 
Jutaan terima kasih kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Cawangan Melaka, Bahagian Agihan Zakat MAIM dan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana berbesar hati menyampaikan sumbangan daging mentah sempena Bulan Zulhijjah dan sambutan Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tiba.
 
Sebanyak 300 bungkusan daging mentah di agih kepada mereka yang memerlukan sekitar daerah Melaka Tengah dan juga di beberapa buah Japerun yang terpilih antaranya Japerun Ayer Molek, Japerun Duyong dan Japerun Pantai Kundor. Daging teesebut akan diagih kepada mereka yang memerlukan di setiap japerun berkenaan. Juga kami sampaikan kepada asnaf mualaf di Kompleks Darul Huda MAIM dan penghuni Kompleks Al Ehsan MAIM.
 
Sedikit sebanyak membantu meringan beban dan memberi kelapangan kepada mereka untuk membuat persediaan sempana Hari Raya Aidil Adha tahun ini.
Kerjasama bersama YAPEIM ini akan diteruskan setiap masa dalam usaha membantu menyantuni golongan asnaf dan mereka yang memerlukan di negeri ini.
 
Firman Allah SWT maksudnya:
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." - (Surah al-Baqarah ayat 271)
 
 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 30 April 2024, 04:33:23.

Jumlah Pelawat

003729929

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN