|

WRUR Bagi DUN Sungai Udang

SG1

SG4

SG2

SG3

SG7

SG6

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah selesai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bagi DUN Sungai Udang yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh. Pelbagai program diatur dan dapat dilaksanakan sepanjang WRUR DUN Sungai Udang diadakan, bermula 18 Mei hingga 30 Mei.

Pelbagai permasalahan masyarakat berjaya diselesaikan. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) antara agensi yang terlibat program WRUR kali ini. Kebajikan asnaf, pembangunan tanah wakaf disantuni, diperhalusi dan dimuktamad.

Program yang sangat baik, turun padang bersama rakyat dan masyarakat, memahami denyut nadi rakyat,  jumpa lagi nanti pada program WRUR di DUN seterusnya.

Disebelah malam, selesai dengan izin Allah SWT Program Sungai Udang Berselawat bertempat di JAPERUN Sungai Udang. Syukur pada Allah SWT ramai jemaah dan hadirin yang hadir mengimarahkan majlis ilmu malam ini.

Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan bacaan Surah Yaasin, seterusnya alunan qasidah dan tausiah bersama penceramah terkenal, Ybhg Prof. Dato' Dr. Mohd Izhar Arif bin Mohd Kashim bersama Ybhg. Tuan Guru Ustaz Muhammad Hatta bin Hj Abd Rahim. 

Hadir mengimarah sama EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YB Datuk Rais Datuk Wira Yasin bersama EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.

Terima kasih kepada semua jemaah dan hadirin yang hadir malam ni. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri daripada kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat). - Surah Ar-Rahman : ayat 33

 

FB:  WRUR Bagi DUN Sungai Udang

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Jumaat 18 Julai 2025, 02:31:10.

Jumlah Pelawat

003925350
Today: 244
Yesterday: 374
This Week: 2,326
This Month: 7,229
This Year: 93,210

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY