|

Unit Kebajikan Mualaf Balai Islam MAIM Menyantuni Asnaf Mualaf

SAN MU 1

SAN MU 2

SAN MU 3

Assalamualaikum dan Salam Ramadan. 

Alhamdulillah berkat bulan Ramadan yang mulia, Unit Kebajikan Mualaf Balai Islam MAIM diketuai En. Muhammad Solehen bin Rosandi turun padang meluang masa menyantuni asnaf mualaf kita, Encik Koh Lai Swee.

Menerima berita sedih apabila dimaklumkan dua orang anak beliau menghidap penyakit jantung serius di bahagian injap yang memerlukan pembedahan segera di Hospital Serdang. Kita di MAIM akan membantu sebaiknya bagi membantu Encik Koh Lai Swee mendapatkan dana secukupnya bagi pembedahan anak beliau.

Bersama dalam ziarah ini pimpinan masyarakat setempat dan wakil Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya. Pihak MAIM menyampaikan bantuan awal sumbangan wang tunai dan insha Allah akan mempertimbang sebaiknya bantuan susulan dalam tempoh terdekat. 

Sama-sama kita berdoa semoga usaha kita membantu insan ini dipermudah hendakNya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.” - Surah Ibrahim ayat 5.

FB:  Unit Kebajikan Mualaf Balai Islam MAIM Menyantuni Asnaf Mualaf

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Khamis 16 April 2026, 02:41:03.

Jumlah Pelawat

004052634
Today: 65
Yesterday: 398
This Week: 1,659
This Month: 6,066
This Year: 62,080

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat