Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah.
Unit Infaq & Tijari, Seksyen MAL telah melaksanakan pengalihan 2 unit kubur Islam lama yang bertempat di Kampung Sebatu, Merlimau dan SRA JAIM Telok Mas, Melaka. Kubur Islam lama ini telah disempurnakan pengalihannya melalui panel yang dilantik oleh MAIM dengan pemantauan ketat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Perbandaran Melaka Bersejarah (MBMB).
Turut hadir memantau Pegawai Syarak yang bertugas dikawasan berkenaan bagi memastikan proses kerja-kerja pengalihan ini berjalan dengan lancar dan teratur. Pengalihan 2 unit kubur ini telah tempatkan semula ke Tanah Perkuburan Islam Kg Air Tawar, Merlimau dan Tanah Perkuburan Islam Kg Telok Mas. Semoga usaha murni ini dapat diberkati oleh Allah, In Shaa Allah.
Rasulullah SAW bersabda : " Apabila kamu melihat jenazah maka bangunlah. Sesiapa yang mengiringinya maka janganlah dia duduk sehingga jenazah diletakkan†- Hadis riwayat sahih Bukhari.