|

SUK Negeri Melaka Meninjau Dan Melihat Keadaan Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Lendu

 SUK1

SUK2

SUK4

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Semalam bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (SUK), YB Dato' Azhar bin Haji Arshad meninjau dan melihat keadaan tanah wakaf perkuburan Islam Kampung Lendu. Bersama dalam lawatan ini Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad bersama Skuad Agihan Zakat (SAZ) MAIM dan beberapa agensi lain. Dalam waktu sama turut menyantuni asnaf dan menyampaikan sumbangan wang tunai serta kit makanan dan juga lampin pakai buang (pampers). Turut ditekankan status tanah wakaf di kawasan kampung berkenaan bagi kegunaan program mahupun kegiatan agama Islam dapat diperluaskan.

Manfaat zakat kita zahirkan dengan penuh keberkatan.

Allah SWT berfirman mafhumnya : (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. [21] Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. [22] Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar. - Surah Al-Taubah ayat 20 hingga 22.

FB:  SUK Negeri Melaka Meninjau Dan Melihat Keadaan Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Lendu

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Jumaat 05 Disember 2025, 02:28:46.

Jumlah Pelawat

003970153
Today: 355
Yesterday: 747
This Week: 2,492
This Month: 2,492
This Year: 138,013

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY