Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
Hari ini Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Merlimau santuni asnaf di Kampung Pulai dalam DUN Serkam. Asnaf, Encik Zulfafhly bin Ismail disahkan telah menghidap penyakit kanser hidung tahan 4 yang memerlukan rawatan di hospital.
Pegawai Zakat Cawangan, Ustaz Izhar bin Rahim turun bersama bertanya khabar dan melihat sendiri keperluan bantuan yang diperlukan bagi membantu keluarga encik Zulfadhly. SAZ juga sampaikan bantuan wang tunai dan bantuan miskin kronik (BMK). Doakan encik Zulfadhly sabar dan tabah menghadapi ujian besar ini. Insha Allah akan segera sembuh nanti.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.†Surah Al Insyirah ayat 5- 6.