|

Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Merlimau menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris asnaf MAIM

 skuad-agihan-zakat-maim-saz-cawangan-merlimau-menyampaikan-sumbangan-khairat-kematian-kepada-waris-asnaf-maim-1
 
skuad-agihan-zakat-maim-saz-cawangan-merlimau-menyampaikan-sumbangan-khairat-kematian-kepada-waris-asnaf-maim-2
  

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah hari ini Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Merlimau menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris asnaf MAIM, Allahyarham Dol Samad bin Abu di Kampung Serkam Darat. Adik arwah, Encik Muhidin bin Abu dan Puan Jilawati binti Abu merupakan adik beradik arwah yang masih ada dan masing-masing tinggal bujang dan belum berumah tangga.

Insha Allah MAIM juga akan membantu waris keluarga ini dari segi keperluan harian.

Pegawai Zakat MAIM Cawangan Merlimau, Tuan Haji Izhar bin Rahim
bersama Pegawai Khas Agama Ketua Menteri Melaka, Ustaz Hairulamin bin Madon sudi turun dan menyampaikan sumbangan.

Semoga sumbangan khairat ini mampu membantu keluarga ini meneruskan kehidupan seharian mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah Al Insyirah ayat 5- 6.

#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat

 

Source: Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Merlimau menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris asnaf MAIM

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Khamis 18 April 2024, 08:56:55.

Jumlah Pelawat

003724041

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN