|

Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Merlimau bersama Pegawai Khas Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka, menyantuni asnaf MAIM

 skuad-agihan-zakat-maim-saz-cawangan-merlimau-bersama-pegawai-khas-agama-kepada-yab-ketua-menteri-melaka-menyantuni-asnaf-maim-1
 
skuad-agihan-zakat-maim-saz-cawangan-merlimau-bersama-pegawai-khas-agama-kepada-yab-ketua-menteri-melaka-menyantuni-asnaf-maim-2
  

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Hari ini Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Merlimau diketuai Pegawai Zakat Cawangan, Tuan Haji Izhar bin Rahim bersama Pegawai Khas Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Ybrs Ustaz Hairul Amin bin Madon menyantuni asnaf MAIM, Encik Fadil bin Majid di Kampung Tedong Pantai.

Encik Fadil merupakan asnaf MAIM yang masih aktif sejak tahun 2013 berikutan menghidap penyakit kanser kulit dan kencing manis yang kritikal.

Hidup seorang diri dan niat ingin bekerja tetap ada untuk menampung rezeki diri tapi keadaan fizikal dan kesihatan yang tidak mengizinkan...tidak mampu bekerja dan agak terbatas mengurus diri sejak beliau menghidap penyakit kanser kulit ini.

SAZ MAIM bantu sampaikan bantuan wang tunai dan kit makanan serta kit ibadah.

Dengan semangat yang ada dalam diri asnaf kita ini....sama-sama kita doakan kesihatan Encik Fadil bertambah baik dan dapat menjalani ibadah dengan sebaiknya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah Al Insyirah ayat 5- 6.

#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat

 

Source: Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Merlimau bersama Pegawai Khas Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka, menyantuni asnaf MAIM

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 30 April 2024, 04:33:23.

Jumlah Pelawat

003729956

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN