|

Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Melaka Tengah Bersama Timbalan Pengerusi MAIM Jenguh Dan Jengah Beberapa Orang Asnaf Di DUN Telok Mas

 skuad-agihan-zakat-maim-saz-cawangan-melaka-tengah-bersama-timbalan-pengerusi-maim-jenguh-dan-jengah-beberapa-orang-asnaf-kita-di-dun-telok-mas-1
 
skuad-agihan-zakat-maim-saz-cawangan-melaka-tengah-bersama-timbalan-pengerusi-maim-jenguh-dan-jengah-beberapa-orang-asnaf-kita-di-dun-telok-mas-2
  

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Minggu ini Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Melaka Tengah bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud jenguh dan jengah beberapa orang asnaf kita di DUN Telok Mas.

Kali ini santuni asnaf yang sebahagian daripada mereka menghidap penyakit kanser rahim tahap 3 & 4...

Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustaz Mohd Rizalman bin Syed juga sama bersama SAZ MAIM...mendapatkan gambaran lebih jelas keadaan dan kehidupan asnaf...

Kehilangan ketua keluarga dalam keadaan kesihatan yang tak mengizinkan...penuh berliku ujian dan cabaran yang dihadapi...

Hanya Allah SWT dan mereka sendiri yang tahu perih pedihnya menjalani kehidupan dalam keadaan yang berliku.

MAIM turut menambah baik skim bantuan yang diterima bagi meringan beban dan tanggungjawab mereka.

Anak-anak masih kecil dan bersekolah dalam keadaan sekarang ini kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, tambahan skim bantuan memang menjadi keutamaan untuk mereka.

Antara skim yang dibantu Bantuan Makanan Bulanan (fakir), Bantuan Sakit Kronik (BSK), penyediaan susu kesihatan, Bantuan Anak Sekolah (BSAS) dan semestinya bantuan persediaan Ramadhan yang akan tiba nanti...

Juga dipertimbang bantuan skim baik pulih rumah...

Semoga segala bantuan ini mampu memberi sedikit keceriaan kepada asnaf kita ini.

Semoga kami terus amanah dan istiqamah melaksanakan tanggungjawab ini.

Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)

#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat

 

Source: Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Melaka Tengah bersama Timbalan Pengerusi MAIM jenguh dan jengah beberapa orang asnaf kita di DUN Telok Mas

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 30 April 2024, 04:33:23.

Jumlah Pelawat

003729972

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN