|

Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) bersama Penolong Setiausaha Bahagian Zakat Turun Padang Menyantuni, Melihat, Meninjau, Memantau Mangsa Banjir di DUN Rim Khususnya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Choh

BANTUAN BANJIR1

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Kita Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) bersama Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustaz Mohd Rizalman bin Syed turun padang menyantuni, melihat, meninjau, memantau mangsa banjir di DUN Rim khususnya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Chohong (SKC). Seramai 9 keluarga ditempatkan sementara di sekolah berkenaan. Memastikan kecukupan keperluan makanan dan peralatan kebersihan diri sentiasa ada. MAIM bantu sampaikan bantuan berkenaan dan akan memastikan bantuan lain yang bersesuaian kepada mangsa banjir. SAZ MAIM juga turun ke runah mangsa banjir dan melihat sendiri keadaan keluarga mangsa yang ditimpa bencana kali ini. Insha Allah kita akan segera bantu mereka dengan bantuan sewajarnya. Tak banyak tapi insha Allah ada dan mencukupi... Doakan mereka tabah dan sabar dengan ujian ini.
 
Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)
 
 
 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Isnin 15 April 2024, 06:20:04.

Jumlah Pelawat

003722233

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN