Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Cepat dan pantas, kita bantu on the spot. Takde tunggu-tunggu, jika ada makluman, ada aduan insha Allah sampai. Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Melaka Tengah ziarah dan santuni Encik Muhammad Ezzat Haziq bin Jaafar mangsa rumah terbakar di Taman Desa Damai Cheng. Syukur tiada kemalangan jiwa dan Encik Ezzat dan keluarga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Keadaan rumah agak teruk kesan kebakaran dan alhamdulillah tiada rebakan api dilaporkan.
Hanya ucapan sabar kami ungkap, memberi kata-kata semangat dan kami bantu sumbang wang tunai dan kit makanan. Untuk bantuan susulan kami akan perhalusi dengan kadar segera. Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) turut bantu sumbang pakaian terpakai untuk keluarga ini. Kepada semua, berhati-hati dan pastikan keselamatan diri dan keluarga sentiasa di jaga.
FB: SAZ Cawangan Melaka Tengah Ziarah Dan Santuni Mangsa Rumah Terbakar