


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah, Hari Aduan Rakyat DUN Kesidang
Terima kasih Datuk Seri Utama Haji Ab Rauf bin Yusoh meluang masa hadir menyapa, menyantuni berbual mesra dan mendengar permasalahan rakayat di Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Kesidang.
Lokasi di Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka (SKTM) diisi dengan pelbagai program rakyat, jualan dan program bersama ibu bapa dan pelajar. Sambutan yang amat baik khususnya melibatkan aduan dari pelbagai perkara yang dapat diselesaikan dengan segera.
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) seperti biasa turut sama turun padang membuka kaunter aduan dan kaunter perkhidmatan demi maslahat umat Islam. Kita jumpa lagi nanti insha Allah pada program sama di DUN seterusnya.



