Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Minggu ini agensi agama Islam negeri Melaka terlibat pada Program Retreat Agensi Agama Islam Negeri Melaka selama 3 hari bermula hari ini 9 Januari - 11 Januari 2025.
Pastinya objektif program ini tertumpu kepada fungsi dan peranan agensi agama Islam di negeri ini ke arah yang lebih efisyen dan berdaya saing, memperkukuh, memperkasa dan pemangkin utama sebagai penyelaras kepada pentadbiran hal ehwal Islam negeri Melaka pastinya.
Agensi agama Islam yang terlibat program kali ini :-
- Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
- Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
- Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM)
- Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)
- Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka (JPSNM)
- Zakat Melaka (ZM)
- MAIM Holdings Berhad (MHB)
Dimulakan dengan sesi taklimat Pengurusan Pemantapan Agihan Zakat yang telah disampaikan oleh Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.
Hari kedua bersambung dengan sesi taklimat dan penerangan berkaitan Pengurusan Kewangan Dan Isu Yang Timbul Antara Agensi, disampaikan oleh penceramah jemputan Penolong Akauntan, Jabatan Kewangan Negeri Melaka, Encik Mohd Azman Shah bin Mohd Pechih.
Disusuli dengan sesi seterusnya iaitu Bicara Integriti yang disampaikan oleh Pegawai Tadbir, Unit Integriti, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Puan Siti Hajar binti Abd Rahman.
Seterusnya taklimat berkaitan Isu Dan Penambahbaikan Pengurusan Sekolah Dan Guru JAIM, taklimat padat ini disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JAIM, Ustazah Adawiyah binti Lias.
Pastinya peranan dan tugasan guru-guru JAIM amat besar dalam mendidik anak-anak kita mengenali asasiah fardhu ain dan penulisan Jawi yang kini hampir dilupakan.
Hari terakhir diisi dengan taklimat daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) berkaitan Isu Penguatkuasaan Fatwa Yang Telah Diwartakan, disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam JMNM, Ustaz Mohd Nazri bin Abdul Majid.
Sesi seterusnya bersama Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) mengupas berkaitan Cadamgan Mewujud Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Melaka Dan Peningkatan Hierarki Mahkamah Syariah disampaikan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM), Tuan Saifuddin bin Othman.
Hadir bersama Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman, Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan bin Samat, Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Mohamad Azmi bin Sabtu.
Program ini melibatkan seramai 65 pegawai terdiri daripada agensi agama Islam di negeri tercinta ini, alhamdulillah jutaan terima kasih kerana sudi hadir dengan hati terbuka dan penuh bersemangat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan (kuasa), sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman." - hadis Riwayat Muslim.