|

Program Madani Membantu, Singgah Sahur MAIM Di Peringkat DUN Pantai Kundor

sahur0261

sahur0262

sahur0264

sahur0263

 

Assalamualaikum dan Salam Ramadan

Program Madani Membantu : Singgah Sahur Peringkat DUN Pantai Kundor.

Bersama dalam program singgah sahur pagi ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan EXCO Pendidikan Agama, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Datuk Rosli bin Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, YB Datuk Tuminah binti Kadi@Mohd Hasim.

Hadir sama meluangkan masa Pegawai Tugas Khas MAIM, YBhg. Datuk Wira Md. Rawi bin Mahmud dan Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Encik Norazmi bin Hussin. Alhamdulillah, kami berkesempatan menyantuni lapan buah rumah melalui program Singgah Sahur di sekitar DUN Pantai Kundor. Tiga daripadanya merupakan rumah asnaf MAIM.

Turut disampaikan kit makanan dan sedikit sumbangan tunai sebagai tanda keprihatinan. Semoga Ramadan ini membawa keberkatan buat kita semua.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

"Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis Riwayat al-Bukhari, dan Muslim.

FB:  Program Madani Membantu, Singgah Sahur MAIM Di Peringkat DUN Pantai Kundor

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 10 Mac 2026, 07:26:41.

Jumlah Pelawat

004038411
Today: 491
Yesterday: 534
This Week: 2,601
This Month: 6,856
This Year: 47,857

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat