


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah.
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengadakan Program Lanjutan Gotong-Royong Penandaan bagi Pelaksanaan Sistem Pendigitalan Tanah Perkuburan Islam sempena Program Inisiatif Transformasi Desa 2026 (INTRADE). Bertarikh 20 Jun 2026 (Sabtu) pada 8.30 pagi bertempat 4 buah Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka. Tanah Perkuburan Islam, Kampung Seri Jeram, Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pulau Tengah, Tanah Perkuburan Islam, Seri Tambak dan Tanah Perkuburan Islam, Kampung Hilir.
Seramai 30 orang peserta kakitangan MAIM menyertai program gotong royong ini anjuran Bahagian Wakaf dan Mal, MAIM yang melibatkan kerja-kerja penandaan sebanyak 500 petak kubur. Hadir sama dalam program ini Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf dan Mal, Encik Mohd Rizalman bin Syed.
Rasulullah SAW bersabda dalam mafhumnya : “Jangan kalian duduk di atas kubur dan jangan solat menghadap ke arahnya.” -Hadis Riwayat Muslim



