|

Program Khatan Anak Asnaf MAIM 2025

sunat2 25

sunat3 25

sunat4 25

sunat6 25

sunat8 25

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah telah berlangsung Program Khatan Anak Asnaf MAIM 2025 yang telah dirasmikan oleh Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah bertempat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru.

Turut hadir Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis dan Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohamed Yusoff.

Seramai 50 orang anak asnaf terpilih mengikuti program berkhatan kali ini yang telah diurus sepenuhnya oleh pihak MAIM melalui Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT). Peserta melibatkan umur bermula 6 tahun hingga 12 tahun yang mana ke semua mereka merupakan anak-anak asnaf di bawah seliaan MAIM. Setiap daripada mereka menerima sijil penghargaan dan cenderahati sampingan.

Insha Allah program ini akan diadakan di masa akan datang dengan tujuan membantu golongan asnaf kita bersama-sama membawa makna tuntutan fitrah dan syiar Islam, penjagaan kebersihan dan kesihatan serta merupakan satu bentuk tanggungjawab dan kasih sayang masyarakat kepada golongan yang memerlukan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Fitrah (sunnah) itu ada lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan misai.” - Hadis Riwayat al-Bukhari

FB:  Program Khatan Anak Asnaf MAIM 2025

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Sabtu 27 Disember 2025, 18:01:17.

Jumlah Pelawat

003991417
Today: 23
Yesterday: 481
This Week: 2,882
This Month: 863
This Year: 863

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY