Assalamualaikum dan Salam Ramadan
Alhamdulillah dapat bersama lebih 400 orang saudara muslim mualaf dalam Program Khatam Al-Quran & Iftar Jamie sempena Hari Nuzul Al-Qur'an. Dimulakan dengan solat Asar berjemaah dan disusuli majlis khatam al-Qur’an serta tazkirah sirah nabawiyah.
Pengurus Bailtulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis hadir menyempurnakan majlis dengan penyampaian sijil khatam tadarrus al-Qur'an oleh peserta mualaf kita. Bayangkan mereka yang saudara baharu muslim pun boleh bertadarrus bersama, apatah lagi kita yang dilahirkan fitrahnya Islam sejak lahir, bacalah ayat suci al-Qruan walaupun sebaris ayat sehari.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Setiap amalan anak Adam akan digandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda. Allah SWT berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya ia milik Aku dan Aku yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwat dan makannya kerana-Ku. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan Kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah berbanding kasturi." hadis Riwayat Muslim.
"Al-Falah Pemacu Malaysia Madani"
FB: Program Khatam Al-Quran & Iftar Jamie Sempena Hari Nuzul Al-Qur'an