



Assalamualaikum dan Salam Ramadan
Bersama sekali lagi pagi ini menziarahi pesakit di Hospital Jasin dalam Program Ihya Tarbawi Ramadan (IHTIRAM) anjuran Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Ziarah ukhuwah hari ini merupakan salah satu program IHTIRAM yang diadakan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Jutaan terima kasih kepada Timbalan EXCO Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap ADUN Rim, Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar sudi meluang masa bersama dalam program yang mulia ini. Turut hadir Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Puan Rohaizah binti Abas.
Menyantuni, bertanya khabar dan menyampaikan kit makanan sunnah dan wang tunai daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Turut tidak dilepaskan peluang beramah mesra bersama kakitangan hospital yang sedang bertugas. Agak penat khususnya di bulan puasa ni, tapi insha Allah berkat kesabaran dan kecekalan dalam melaksanakan tugas, ianya pasti akan memberi cahaya kegembiraan dan ketenangan kepada setiap pesakit.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرحمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.” - Hadis Riwayat Muslim.
FB: Program Ihya Tarbawi Ramadan (IHTIRAM) Di Hospital Jasin



