|

Program Gotong-Royong Kasih Asnaf Bersempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat, DUN Sungai Udang

 RAIS 3

RAIS 5

RAIS 6

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah selama dua hari bermula semalam dan hari ini kita dapat menjayakan Program Gotong-Royong Kasih Asnaf di rumah asnaf MAIM, Encik Anuar bin Bache bertempat di Batu 11 1/2, Kampung Sungai Udang Melaka.

Program ini bersempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Sungai Udang telah dirasmikan oleh EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin. Pada majlis ini juga beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan kepada Encik Anuar.

Hadir sama pada program baik ini, Setiausaha MAIM, Ybrs. Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad serta Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohamed Yusoff.

Program gotong royong ini diketuai Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT), membersih kawasan rumah, mengemas dalaman rumah. Juga kita potong rumput dan mengecat untuk nampak rumah Encik Anuar lebih cantik dan ceria. Kami juga sediakan barangan keperluan utama antaranya tikar getah baru, peralatan dapur memasak dan rak pinggan mangkuk yang lebih berkualiti.

Sebagai makluman bersama, Encik Anuar berusia 63 tahun merupakan asnaf MAIM dibawah kategori fakir dan kini beliau tidak bekerja dan mengalami kabur penglihatan kedua-dua matanya. Mempunyai isteri dan seorang anak perempuan yang mana kedua nereka merupakan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) lembam.

Kita bantu mereka yang sangat memerlukan, buat mereka tersenyum dan meringankan bebanan mereka.

Insha Allah kita akan perhalusi dan berikan bantuan seterusnya dalam masa terdekat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. Surah al-Mujadalah ayat 11.

FB:  Program Gotong-Royong Kasih Asnaf Bersempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat, DUN Sungai Udang

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Jumaat 18 Julai 2025, 02:31:10.

Jumlah Pelawat

003925349
Today: 243
Yesterday: 374
This Week: 2,325
This Month: 7,228
This Year: 93,209

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY