|

Program Gegau Subuh "SUBUH Saat Ketenangan Jiwa & Hati" sempena WRUR DUN Lendu

WRUR1

WRUR2

WRUR3

WRUR5

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah.

Program Gegau Subuh "SUBUH Saat Ketenangan Jiwa & Hati" sempena Wakil Rakyat untuk Rakyat (WRUR) DUN Lendu. Konvoi motosikal bermula dari rumah kediaman ADUN Lendu, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali menuju ke Masjid Al-Sultan Abdullah Masjid Tanah Melaka. Turut bersama dalam konvoi ini Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat dan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Ybrs. Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.

Pengisian program dimulakan dengan solat sunat tahajud, taubat, hajat, witir dan disudahi dengan solat fardhu subuh berjemaah. Tazkirah disampaikan oleh penceramah jemputan Al-Fadil Ustaz Tarmizi bin Abd Rahman.

Slain itu, gimik kali ini seramai 10 orang asnaf mualaf terpilih menerima bantuan tunai RM 300. Penyampaian bantuan ini telah disempurnakan oleh ADUN Lendu, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), YBhg. Datuk Md Azhan bin Samat serta Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Ybrs. Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad. Turut hadir bersama Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Nasir Bin Wahab..

Untuk makluman bersama, Pengagihan sumbangan Aidiladha akan diagihkan secara tunai bermula 31 Mei 2025 hingga 6 Jun 2025 di Kompleks Darul Huda Balai Islam, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Program diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati.

Allah SWT bersabda dalam mafhumnya : "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji"

FB:  Program Gegau Subuh "SUBUH Saat Ketenangan Jiwa & Hati" sempena WRUR DUN Lendu

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Jumaat 18 Julai 2025, 02:31:10.

Jumlah Pelawat

003925348
Today: 242
Yesterday: 374
This Week: 2,324
This Month: 7,227
This Year: 93,208

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY