|

Muallaf OKU Harap Jiran Beri Makan Untuk Terus Hidup

LAF3

LAF2

LAF4

 

Muallaf OKU Harap Jiran Beri Makan Untuk Terus Hidup. 

Hanya mampu mengharap simpati jiran sebelah rumah untuk memasakkan makanan setiap hari bersama bapa angkat yang uzur di rumah sewa serba kekurangan. Itulah situasi yang dihadapi oleh seorang Saudara Baru yang baru memeluk Islam sejak Ogos tahun lalu di Pantai Kundur di sini.

Abdul Karim Abdullah, 22; yang juga merupakan seorang remaja istimewa setia menemani bapa angkatnya yang menjaga beliau sejak kecil. Bahagian Balai Islam yang mendapat maklumat mengenai remaja ini terus menziarahi keluarga Abdul Karim bagi mendapatkan maklumat serta membantu menyalurkan bantuan yang diperlukan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Hasil temubual bersama jiran Muallaf tersebut, beliau setiap hari akan menyediakan makanan harian kepada Abdul Karim Abdullah yang serba kedaifan. Jiran remaja ini yang juga penerima bantuan bulanan zakat, menggunakan peruntukan zakat tersebut untuk berkongsi membantu keluarga remaja ini meneruskan kehidupan.

Bantuan segera berbentuk kewangan terus diserahkan kepada remaja Muallaf ini ketika ziarah yang dijalankan oleh pihak Balai Islam Maim. Pihak Balai Islam juga akan menyalurkan bantuan bulanan bagi meringankan beban yang dihadapi Abdul Karim Abdullah.

Turut hadir semasa lawatan ziarah tersebut, Pengerusi dan ahli persatuan Badan Kebajikan Persaudaraan Islam (BAKPIS) Cawangan Melaka.

FB:  Muallaf OKU Harap Jiran Beri Makan Untuk Terus Hidup

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Khamis 06 Februari 2025, 08:17:00.

Jumlah Pelawat

003854413

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY