|

Menyantuni Mangsa Rumah Terbakar Dan Seorang Adik Yang Diuji Ketumbuhan Tumor, Di DUN Duyong

30 MAC 26 1

30 MAC 26 2

30 MAC 26 3

30 MAC 26 4

30 MAC 26 6

Assalamualaikum dan Salam Syawal

MAIM bersama beberapa agensi terlibat pagi ini antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah (PDMT) menyantuni mangsa rumah terbakar dan seorang adik yang diuji dengan ketumbuhan tumor di kepala, Mahmud menyantuni adik Muhammad Uwais Alqarni di DUN Duyong.

Turut sama hadir meninjau dan bertanya khabar ADUN Duyong, YB Datuk Noor Helmy bin Abdul Halem bersama Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Tuan Khoo Poay Tiong dan Pegawai Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud.

MAIM turut menyampaikan sumbangan kit makanan kepada mangsa. Insha Allah sebarang kos baik pulih rumah berkenaan akan diurus sepenuhnya oleh agensi yang berkaitan.

Bagi kisah adik Uwais, adik ini masih mendapatkan rawatan kimo kali kedua sebanyak seminggu sekali sehingga penghujung tahun ini. Kita sampaikan bantuan awal berupa wang tunai dan insha Allah bantuan susulan akan kita perhalusi dengan kadar segera. Sama-sama kita doakan kesihatan adik Uwais segera sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah ia dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan kesan lain"

FB:  Menyantuni Mangsa Rumah Terbakar Dan Seorang Adik Yang Diuji Ketumbuhan Tumor, Di DUN Duyong

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Jumaat 17 Julai 2026, 02:27:44.

Jumlah Pelawat

004114069
MOD_JSVISIT_COUNTER_TODAY: 239
MOD_JSVISIT_COUNTER_YESTERDAY: 504
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_WEEK: 2,853
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_MONTH: 7,507
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_YEAR: 123,515

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat