


Assalamualaikum dan Salam Ramadan
Alhamdulillah pagi ini dapat bersama EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan menyantuni 60 orang pesakit bertempat di Pusat Sinar Hemodialisis Taman Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka.
Turut meluang masa bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), YBrs. Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad. Menyampaikan kit makanan sunnah dan wang tunai kepada semua pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis. Bulan Ramadan bulan penuh keberkatan, kita doakan mereka mendapat kesembuhan dan kesihatan yang baik.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan.” -Hadis Riwayat Muslim
FB: Menyantuni 60 Pesakit Di Pusat Sinar Hemodialisis Taman Sungai Petai, Alor Gajah



