


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah syukur pada hari ini Pejabat Atase Pendidikan Melaka Mesir menerima kehadiran Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.
Turut berlangsung Majlis Ramah Mesra bersama Tun Seri Setia yang telah diadakan di Wisma Melaka Mesir. Hadir sama Duta Besar Malaysia Mesir, TYT Dato' Mohd Tariq bin Sufian bersama Pengarah Education Malaysia Egypt, Ybhg. Dato' Shamsul Najmi bin Shamsuddin. Turut mengiringi Tun Seri Setia Pegawai Atase Pendikan Melaka Mesir, Ustaz Muhammad Hafizi bin Abd Kadir.
Berpeluang mendengar titipan nasihat, kata-kata semangat dan pandangan daripada Tun Seri Setia kepada semua pelajar Melaka yang sedang melanjutkan pengajian di bumi Anbiya' ini. Berkongsi pandangan serta pengalaman mereka sepanjang menimba ilmu dan memastikan kebajikan serta keselamatan anak-anak Melaka di Mesir dijaga dengan sebaiknya.
Tun Seri Setia turut dibawa melihat dengan lebih dekat kemudahan yang terdapat di Wisma Melaka untuk keselesaan pelajar, meninjau keadaan bangunan dan bilik asrama yang disediakan. Alhamdullillah semuanya dalam keadaan baik dan kemas.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tun Seri Setia bersama delegasi sudi singgah menyantuni Wisma Melaka dan anak-anak Melaka di sini, semoga dengan kehadiran Tun Seri Setia memberi satu harapan untuk anak-anak Melaka di bumi Mesir ini menjadi pelajar yang berjaya dan seterusnya memacu kejayaan negeri Melaka di masa akan datang.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan." - Surah al-Mujadalah ayat 11.
FB: Majlis Ramah Mesra bersama Tun Seri Setia Yang Telah Diadakan Di Wisma Melaka Mesir



