


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah (JKS) Parlimen Tangga Batu anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah dirasmikan oleh ADUN Paya Rumput merangkap EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YB Datuk Haji Rais bin Datuk Wira Yasin.
Seramai 2,031orang penerima layak menerima bantuan pakaian sekolah bagi tahun 2026 melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 710,850.00.
Berikut jumlah penerima bantuan JKS bagi Parlimen Tangga Batu mengikut DUN :-
- DUN Paya Rumput - 721 orang
- DUN Sungai Udang - 319 orang
- DUN Pantai Kundor - 513 orang
- DUN Klebang - 478 orang
Setiap seorang menerima bantuan berjumlah RM 350.00 yang melayakkan mereka menerima bantuan berbentuk pakaian sekolah, kasut, beg, songkok dan alatan tulis.
Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak asnaf kita, belajar bersungguh-sungguh demi keluarga . Kepada adik-adik semua, hanya dengan pendidikan mampu mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik di masa akan datang.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang bertanggugjawab meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”. - Hadis Riwayat Muslim.
FB: Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah (JKS) Parlimen Tangga Batu Anjuran MAIM



