


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah (JKS) Parlimen Jasin yang telah dirasmikan oleh Setiausaha MAIM, Ybrs. Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.
Bagi Parlimen Jasin, seramai 1,373 penerima layak menerima bantuan pakaian sekolah bagi tahun 2026 melibatkan perbelanjaan sebanyak
RM 480,550.00
Berikut jumlah penerima bantuan JKS bagi Parlimen Jasin mengikut DUN :-
- DUN Bemban - 242 orang
- DUN Rim - 153 orang
- DUN Serkam - 458 orang
- DUN Merlimau - 257 orang
- DUN Sungai Rambai - 263 orang
Setiap seorang menerima bantuan berjumlah RM 350.00 yang melayakkan mereka menerima bantuan berbentuk pakaian sekolah, kasut, beg, songkok dan alatan tulis.
Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak asnaf kita, belajar bersungguh-sungguh demi keluarga. Ingatlah adik-adik semua, hanya dengan pendidikan mampu mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik di masa akan datang.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang bertanggugjawab meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya”. - Hadis Riwayat Muslim.
FB: Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah (JKS) Parlimen Jasin



