|

Majlis Perasmian Penutup Bulan Wakaf Peringkat Negeri Melaka

 wakaf1 
wakaf2 
wakaf3 
wakaf6 
wakaf7 
wakaf11
 
 
  
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
 
Majlis Perasmian Penutup Bulan Wakaf Peringkat Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri yang juga Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Rahmad bin Mariman. Alhamdulillah, satu lagi majlis ilmu dapat kita kongsikan bersama hadirin yang hadir pada program Forum Wakaf bertajuk "Wakaf Satu Pelaburan Abadi".  Juga diserikan dengan ceramah wakaf oleh Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd, Ybhg Datuk Dr. Zahazan bin Mohamed, Pengurus Baitulmal MAIM, Ybrs Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis bersama Koordinatir Unit Zakat, Wakaf & Sedekah, UiTM Negeri Sembilan, Dr. Mohd Asyran Safwan bin Kamaruzaman dan Pegawai Eksekutif Waqaf An Nur Coperation, PU Rahmat Ikhsan. 
 
 
Tidak lupa juga, pewakaf yang mewakafkan harta dan wang mereka seikhlas hati demi maslahat umat Islam di negeri ini. Dirasmikan oleh Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Tuan Rosli bin Abdullah. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Dr. Ridzwan bin Bakar. Jutaan terima kasih kepada pewakaf yang hadir di majlis ini, jasa dan pengorbanan yang diberikan amatlah dihargai dan MAIM insha Allah akan mandaatkan segala hartanah wakaf ini demi pembangunan sahsiah umat Islam.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." - Surah al-Baqarah ayat 261.
 
   
 
 
 
 
 
 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 23 April 2024, 01:40:45.

Jumlah Pelawat

003728243

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN