


Assalammualaikum dan Salam Muhibbah.
Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Mesra Ibadah sempena Program Hospital Kluster Melaka dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). 16 Mac 2026 (Isnin), 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 3, Pusat Islam, Melaka.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Setiausaha MAIM, YBrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka (Perubatan), YBrs. Dr. Azhar bin Mohd Sali.
Turut hadir Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis dan Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohammed Yusoff.
Penerima kit mesra ibadah :-
1- Hospital Melaka: 40 kit ; Diterima oleh Timbalan Pengarah Hospital Melaka, YBrs. Dr. Sairatul Mawarnita binti Ishak.
2- Hospital Alor Gajah: 30 kit ; Diterima oleh Pegawai Kualiti Hospital Alor Gajah, Dr. Mohd Zulfadhli bin Mohd Hanis.
3- Hospital Jasin: 30 kit ; Diterima oleh Pengarah Hospital Jasin, YBrs. Dr. Rabiatun binti Yasin.
Antara kit mesra ibadah yang disediakan antaranya sejadah, tasbih digital, debu tayamum, sanitizer, bekas spray wuduk dan QR panduan solat JAKIM.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam al-Qadar, Dan adakah engkau mengetahui akan kebesaran Malam al-Qadar itu?, Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” -Surah al-Qadr ayat 1-3
FB: Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Mesra Ibadah Sempena Program Hospital Kluster Melaka



