


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Majlis Penyampaian Geran Tanah kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bertarikh 12 Julai 2026 (Ahad), pada 2.00 petang bertempat Rumah pewakaf Jalan Kenanga, Kampung Tambak Paya.
Telah diadakan majlis lafaz wakaf sambil disaksikan oleh EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman bersama Setiausaha MAIM, YBrs. Tuan Haji Shaifulfazlee bin Mohamad.
Perwakafan tanah oleh Tuan Haji Mohd Miswan bin Haji Taher di atas lot 938 berkeluasan 2.275 ekar di Mukim Ayer Molek bagi tujuan tapak perkuburan Islam Kampung Tambak Paya.
Hadir sama Ketua Unit Wakaf, Encik Muhammad Effandi bin Othman Kamal Shah.
Semoga manfaat dan pahala wakaf sentiasa berpanjangan dan dinikmati bersama umat Islam di negeri ini.
Rukun Wakaf :
1- Pewakaf (Al-Wakif)
2- Harta yang diwakaf (Al-Maukuf)
3- Penerima manfaat wakaf (Maukuf a'laihi)
4- Lafaz Akad (Sighah)



