



Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah hari ini dapat bersama 200 saudara baharu muslim @ muallaf kita pada Majlis Pelancaran Bantuan Persediaan Ramadhan Syawal Muallaf Negeri Melaka yang telah diadakan di Kompleks Darul Huda MAIM.
Majlis penyampaian disempurnakan oleh Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Datuk Rosli bin Abdullah, turut hadir meraikan mereka Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad dan Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis.
Bantuan Ramadan tahun ini mereka menerima bantuan berjumlah RM 450 setiap seorang manakala bantuan berjumlah RM 200 untuk setiap kanak-kanak saudara baharu muslim. Mereka turut menerima bantuan Syawal berjumlah RM 100 dan kit raya yang berisi kuih dan biskut raya.
Semoga bantuan ini sedikit sebanyak membantu mereka menempuh Bulan Ramadan Dan Syawal akan datang dengan penuh rasa rendah diri dan diberkati Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.” - Surah Ibrahim ayat 5.
FB: Majlis Pelancaran Bantuan Persediaan Ramadhan Syawal Muallaf Negeri Melaka



