|

Lawatan Kerja ke Tapak Projek Kubah Solar Pengering Telok Kemang, Negeri Sembilan

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Lawatan Kerja ke Tapak Projek Kubah Solar Pengering Telok Kemang, Negeri Sembilan dan Perbincangan Berkaitan Permohonan Di Bawah Subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan Bagi Wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ke Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Bersama mengetuai lawatan ini Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf dan Mal MAIM, Encik Mohd Rizalman bin Syed.
 
Perbincangan bersama MAIM dan MAINS turut diadakan dan ianya menjurus kepada perkara berkaitan permohonan pelepasan cukai pendapatan bagi perwakafan serta pengukuhan bersama dalam mengembang luas prestasi sektor wakaf yang strategik dan mampu melonjakkan ekonomi umat Islam melalui penjanaan pendapatan dan pulangan pelaburan.
 
Hadir sama meraikan delegasi MAIM dan menyampaikan sesi taklimat, Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal, MAINS, Tuan Haji Norazman bin Amat. Delegasi MAIM turut dibawa meninjau Tapak Projek Kubah Solar Pengering yang terletak di Telok Kemang, Pasir Panjang, melihat dengan lebih dekat proses pengeringan ikan masin yang lebih efisen dan menjimatkan masa. 
 
Taklimat turut disampaikan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Telok Kemang, Encik Mohd Faudzi bin Mohamed Zakaria bersama Ketua Unit Wakaf MAINS, Ustazah Sri Rohayu binti Sarifin.
 
Semoga kolaborasi dan kerjasama erat ini mampu memperkasa peranan wakaf sebagai elemen penting dalam membangunkan ekonomi negara kita.
Firman Allah SWT mafhumnya : “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya". - Surah Ali Imran: 92.
 
FB:  Lawatan Kerja ke Tapak Projek Kubah Solar Pengering Telok Kemang, Negeri Sembilan
 
 
 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 16 Jun 2026, 04:13:44.

Jumlah Pelawat

004087896
MOD_JSVISIT_COUNTER_TODAY: 226
MOD_JSVISIT_COUNTER_YESTERDAY: 260
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_WEEK: 1,530
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_MONTH: 11,570
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_YEAR: 97,342

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY
En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat