



Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah satu Kursus Modul Penasihatan Akidah Negeri Melaka Tahun 2026 telah diadakan pada 3 hingga 5 Februari 2026 bertempat di Hotel Swiss Bel-Hotel Melaka.
Kursus ini diadakan bertujuan:
- Memberi kefahaman tentang proses kerja atau prosedur sesi penasihatan akidah di Negeri Melaka;
- Memberi pendedahan berkaitan penggunaan Modul Penasihatan Akidah secara sistematik dan berkesan selaras dengan panduan yang telah ditetapkan;
- Memahami ilmu-ilmu asas mediasi dan psikologi dalam pelaksanaan sesi penasihatan akidah serta perkara-perkara berkaitan;
- Meningkatkan kefahaman panel penasihatan akidah terhadap peranan, tanggungjawab serta etika profesional dalam pengendalian sesi penasihatan akidah; dan
- Melahirkan panel-panel penasihatan akidah yang berkompetensi, berintegriti dan berilmu pengetahuan.
Kursus ini telah melibatkan kehadiran barisan panel Jawatankuasa Penasihatan Akidah Negeri Melaka:
- YBhg. S.S. Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil (Pengerusi)
- YBhg. Datuk Rahimin Bin Bani
- YBrs. Encik Abdul Halim Bin Ismail
- YBhg. Tuan Haji Muhammad Fitri Bin Abdullah
- YBrs. Puan Noorhafizah Binti Ibrahim
- YBrs. Puan Nor Fahmyza binti Termizi
- YBhg. Datin Paduka Profesor Dr. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali
- YBrs. Encik Muhammad Thoriq Bin Mohamad Zaid
- YBrs. En. Adam Bin Badrulhisham
- YBrs. Encik Ahmad Faqih Bin Ibrahim
Turut hadir bersama Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), YBrs. En. Shaifulfazlee Bin Mohamad, Pengurus Baitulmal MAIM merangkap Pendaftar Muallaf Negeri Melaka, YBrs. Tuan Hj. Mohd Hairulamin Bin Mohd Sis, pegawai-pegawai dan kakitangan MAIM.
“Permudahkanlah dan jangan mempersulitkan, berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari.”
(HR. Bukhari & Muslim)
FB: Kursus Modul Penasihatan Akidah Negeri Melaka Tahun 2026



