

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah dapat meraikan 16 pasangan mualaf pada Kursus Keluarga Bahagia Pasca Perlahwinan Mualaf Negeri Melaka. Seramai 16 pasangan mualaf hadir mengikuti kursus kali ini yang mana mereka merupakan pasangan yang baharu mendirikan rumahtangga bersama.
Diadakan di Hotel Bayview memberi ruang dan peluang kepada pasangan yang hadir beri penting memahami hukum-hakam dan tanggungjawab dalam berumahtangga serta hak-hak pasangan dalam Islam. Hadir merasmikan kursus ini Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIM, Ybhg. Dato' Mohd Nordin bin Samah.
Sama-sama kita doakan pasangan mualaf kita ini mampu mengharungi belaian rumahtangga dengan penuh keberkatan dan kerdhaan Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Barangsiapa yang menyeru (seseorang) kepada hidayah, baginya ganjaran sepertimana ganjaran orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun daripada ganjaran mereka (yang melakukan).” - Hadis Riwayat Muslim.
FB: Kursus Keluarga Bahagia Pasca Perlahwinan Mualaf Negeri Melaka



