Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah seramai 41 orang pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengikuti Kursus Induksi di Eco Venture Semenyih. 3 hari 2 malam pelbagai aktiviti dan pengisian diadakan, bersama Coach Nizam membentuk budaya kerja minda kelas pertama dan berintegriti tinggi.
Jutaan terima kasih kepada Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad sudi hadir luang masa dan merasmikan program ini. Juga ribuan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Melaka (SPRM) hadir bagi menyaksikan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama semua peserta kursus.
Bekerja dengan ikhlas,penuh integriti, kekalkan iman di dada.
FB: Kursus Induksi di Eco Venture Semenyih