


Assalamualaikum dan Salam Ramadan.
Alhamdulillah menerima kunjungan mesra Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi MAIM, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh ke Wisma Mesir baru-baru ini. Turut bersama delegasi kerajaan negeri Melaka dan anggota Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM, YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman.
Beliau turut merasmikan bangunan wisma berkenaan dan beramah mesra bersama pelajar-pelajar yang juga merupakan anak-anak Melaka yang sedang melanjutkan pengajian di bumi Mesir. Titipan nasihat dan kata-kata semangat disampaikan untuk terus cekal dalam melanjutkan pengajian dan menjadi pemimpin masa hadapan di negeri ini. Sama-sama kita doakan kejayaan anak-anak ini dalam pengajian mereka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” - Surah al-Tin ayat 4.
FB: Kunjungan Mesra Ketua Menteri Melaka Dan Perasmian Bangunan Wisma Ke Wisma Mesir



