Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
Perkongsian pandangan, idea dan timbang tara dalam pelbagai kerjasama yang dijalin antara Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Public Islamic Bank Berhad (PIBB) pada program kunjung hormat hari ini. Khususnya melibatkan kolaborasi antara kedua pihak berkaitan wang tidak patuh syariah yang mana ianya di urus sepenuhnya oleh MAIM di negeri ini. Turut diperhalusi lain-lain kerjasama antaranya hartanah dan kewangan wakaf yang mampu memberi manfaat berpanjangan kepada umat Islam negeri ini.
Bersama hadir Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim. Menyampaikan taklimat bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Ybrs Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis dan Ketua Pegawai Eksekutif PIBB, Encik Syamsul Azuan bin Ahmad Fauzi. Turut hadir Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM, Puan Rohaizah binti Abas.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." - Surah al-Baqarah ayat 261.