|

Imbasan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Fardu Ain Mualaf Negeri Melaka 2024

MUA1 
MUA2 
MUA3 
MUA4 
MUA5 
 
 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Imbasan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Fardu Ain Mualaf Negeri Melaka 2024. Dirasmikan oleh Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Tuan Rosli bin Abdullah.
 
Seramai 307 orang mualaf menduduki kelas dan peperiksaan fardhu ain yang dianjurkan oleh Bahagian Balai Islam MAIM...dan seramai 136 orang pelajar mualaf telah berjaya telah berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang. 
 
Mereka diraikan dengan penuh meriah dan 4 orang pelajar mualaf telah berjaya menjadi pelajar terbaik bagi setiap kelas yang ditetapkan : -
 
- Tahap Asas
Mardiana Asia Yakob (99.3%)
 
- Tahap Satu
Nur Hidayu Ee bitni Abdullah (99.3%)
 
- Tahap Dua
Noraini Cheung binti Abdullah (96%)
 
- Tahap Tiga
Nur Diana Geruka binti Abdullah (96.3%)
 
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar. Rajin, bersemangat, kekal istiqamah dan sentiasa berazam untuk meningkatkan ilmu fardu ain. 
 
Hadir meraikan pelajar mualaf kita, Pengarah JAIM, Ybhg Datuk Badaruddin bin Kassim dan Pengurus Baitulmal MAIM, Ybrs Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis. Mualaf bermaksud orang yang baru memeluk agama Islam atau yang baru hendak berjinak-jinak dengan Islam, iaitu yang belum lagi Islam tetapi sedang mengkaji atau cuba mengamalkan ajaran Islam. Perkataan mualaf berasal daripada istilah bahasa Arab muallafat qulubuhum, salah satu daripada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat sebagaimana disebut dalam Surah at-Taubah, ayat 60.
 
Mukalaf pula bermaksud orang Islam atau yang telah kembali kepada Islam, yang berakal sihat, telah baligh dan dipertanggungjawabkan dengan kewajipan untuk menjalankan tuntutan agama Islam serta menjauhi segala larangannya. Golongan mualaf yang sudah mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya sebenarnya tidak lagi sesuai dipanggil mualaf; mereka lebih sesuai dipanggil mukalaf.
 
 
 
 
 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 23 April 2024, 01:40:45.

Jumlah Pelawat

003728226

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN