


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah semalam dapat bersama sebahagian saudara baharu muslim kita mendengar ceramah Sempena Memperingati Peristiwa Israk Mikraj : Sebuah Perjalanan Rabbani di Surau Kompleks Darul Huda Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Meneliti, mengamati dan memperingati peristiwa perjalanan Rasulullah SAW yang sangat luar biasa. Berjalan dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin) (Israk) dan kemudian dinaikkan ke langit hingga ke Sidratul Muntaha (Mikraj) dalam satu malam, di mana Baginda SAW menerima perintah solat 5 waktu, menjadi simbol kebesaran Allah, pengukuhan iman, dan hubungan hamba dengan Allah SWT.
Ceramah disampaikan oleh penceramah bebas, Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al Jofree, pastinya menambah baik energi keimanan kita mengukuh kepercayaan kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Maha suci zat yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam daripada Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati kawasan sekelilingnya, untuk Kami tunjukkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." - Surah Al-Isra’ ayat 1.



