|

Bantuan Persediaan Ramadan Dan Syawal MAIM Tahun 2026M/1447H Di DUN Telok Mas

TELOK EMAS1

TELOK EMAS2

TELOK EMAS3

TELOK EMAS4

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Bantuan Persediaan Ramadan Dan Syawal MAIM Tahun 2026M/1447H. Disampaikan oleh ADUN Telok Mas merangkap EXCO Pelancongan, Warisan Seni Dan Kebudayaan Negeri, YB Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman bersama Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad.

Jumlah penerima DUN Telok Mas : 476 orang

- Asnaf fakir : 2 orang

- Asnaf miskin : 474 orang

Bantuan Persediaan Ramadan :

Asnaf fakir - RM 400.00 (setiap ketua isi rumah)

Asnaf miskin - RM 300.00 (setiap ketua isi rumah)

Setiap tanggungan (isi rumah) - RM 100.00

Bantuan Syawal - RM 150.00 (setiap asnaf)

Fidyah - RM 150.00 (setiap asnaf)

Selain itu, penyampaian sumbangan cek tanah perkuburan. 

- Tanah Perkuburan Islam Kg Permatang Pasir (pemasanagan pagar)

Juga penyampaian sumbangan cek oleh ADUN Serkam, YB Datuk Zaidi bin Attan.

- Madrasah Abdul Ghani, Kg Pulai (baik pulih dan naik taraf surau)

Manfaat dana zakat fisabilillah kita sebarkan bersama. Alhamdulillah syukur atas nikmat ini dan dapat membantu meringan urusan keluarga asnaf kita.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." - Surah al-Baqarah - ayat 271.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

"Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. - Hadis Riwayat At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah.

FB:  BPRS MAIM Tahun 2026M/1447H DUN Telok Mas

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Khamis 05 Februari 2026, 02:42:51.

Jumlah Pelawat

004009611
Today: 528
Yesterday: 737
This Week: 2,482
This Month: 2,867
This Year: 19,057

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY