Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah hari ini bermula bantuan pakaian sekolah bagi daerah Jasin bermula dengan DUN Merlimau.
Terima kasih ADUN Merlimau, YB Datuk Dr Akmal bin Salleh bersama Pegawai Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud, sudi hadir luang masa menyantuni dan menyampaikan bantuan pakaian sekolah untuk sesi persekolahan akan datang.
Jumlah penerima bantuan pakaian sekolah DUN Merlimau : 215 orang penerima.
Nilai bantuan : RM 350 seorang anak
Barang bantuan : Baju sekolah lelaki & perempuan , kasut sekolah, beg sekolah, alat tulis dan songkok dan tudung.
Doakan anak-anak asnaf kita berjaya dalam pelajaran, pendidikan, akhlak dan adab, dan mampu menjadi insan berjaya membantu keluarga.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.” - Surah al-Naml ayat 40.
FB: Bantuan Pakaian Sekolah Bagi Daerah Jasin Bermula Dengan DUN Merlimau