|

Anugerah Bagi Anak-Anak Penghuni Rumah Anak Yatim Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (RAYSAS)

a1

a2

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah tahniah semua anak-anak penghuni Rumah Anak Yatim Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (RAYSAS). Berjaya dalam bidang pelajaran dan sahsiah diri.

Dirasmi dan diserikan dengan kehadiran Pengerusi RAYSAS, Ybhg Datuk Wira Yaakub bin Md Amin bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis. Anugerah diberi antaranya Anugerah akademik terbaik, anugerah tokoh sukan dan anugerah sahsiah terbaik.

Tahniah sekali lagi kepada adik-adik semua. Duduk di asrama bukan bermakna tak mampu menonjolkan potensi diri. Pelajaran adalah penting namun sahsiah diri juga penting, seimbang dan seiring, baru lah menjadi.

Terima kasih sudi meraikan mereka.

Gemuruh jiwa semangat membara~

Dari puncak ingin ke angkasa~

Berkalungkan bintang berkelipan~

Menyerlah jauh dari yang biasa.

Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikitpun tidak akan mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.” - hadis Riwayat Muslim.

“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."

FB:  Anugerah Bagi Anak-Anak Penghuni Rumah Anak Yatim Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (RAYSAS)

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Jumaat 17 Julai 2026, 02:27:44.

Jumlah Pelawat

004114158
MOD_JSVISIT_COUNTER_TODAY: 74
MOD_JSVISIT_COUNTER_YESTERDAY: 254
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_WEEK: 2,942
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_MONTH: 7,596
MOD_JSVISIT_COUNTER_THIS_YEAR: 123,604

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat