


Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Bersama ADUN Pantai Kundor, YB Datuk Tuminah binti Kadi@Mohd Hasin di Kampung Pantai Kundor menyantuni asnaf, pakcik Nein bin Ahmad yang kini terlantar kerana menghidap penyakit angin ahmar. Bersama juga hari ini krew TV3 bagi melaksanakan rakaman Program Bersamamu yang akan ditayangkan di kaca TV tidak lama lagi.
Sebagai makluman, pakcik Nein merupakan asnaf MAIM sejak tahun 2019 dan menerima bantuan makanan bulanan dan lampin pakai buang daripada MAIM. Pakcik Nein turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Hadir sama meninjau keadaan kesihatan pakcik Nein, Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat MAIM, Encik Norazmi bin Hussin dan Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM.
"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah ia dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan kesan lain"



