|

Fakir & Miskin

Fakir & Poor

MEANING :
Someone who does not have a property or revenues sufficient to meet the basic needs of themselves and their dependents to accommodate the needs of food and clothing, and shelter.

EXAMPLE : people who need ten dollars a day, but could only get three or four dollars a day.

HADDUL KIFAYAH

Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah bersetuju supaya Paras Garis Kemungkinan Negeri [PGK] Melaka boleh digunapakai sebagai mengganti haddul kifayah dalam menentukan kelayakan penerima bantuan Zakat Negeri Melaka. Haddul Kifayah bagi tahun 2014 ialah RM 840.00 sebulan bagi 4 orang per 1 isirumah. Perbelanjaan perkapita bagi seorang individu sebulan ialah RM 210.00.

 

ASAS YANG DIAMBIL KIRA SEBAGAI PENDAPATAN

Terdapat beberapa item yang mesti diambil kira dalam menentukan pendapatan seseorang pemohon atau keluarga. Pada asasnya, dalam menentukan kelayakan asnafm pendapatan yang di kira ialah pendapatan seluruh ahli isi rumah. Justifikasi lain yang diambil kira sebagai pendapatan ialah :

 

ASAS YANG DIAMBIL KIRA SEBAGAI PERBELANJAAN

Pada lazimnya, kadar haddul kifayah RM 840.00 sebulan itu atau RM 210.00 perkapita telah merangkumi seluruh aspek keperluan belanja asasi bagi seseorang individu yang mana ia telah merangkumi keperluan makanan, pakaian, tambang perjalanan, kesihatan dan kediaman. Butiran perkara yang diambil kira sebagai belanja adalah seperti berikut :

  • Belanja barang keperluan dapur
  • Belanja kesihatan/tambang rawatan
  • Belanja kediaman
  • Belanja persekolahan
  • Belanja pembayaran bil utiliti

Hutang piutang tidak diambil kira dalam penentuan belanja kerana ia sangat subjektif. Sebab berhutang yang pelbagai menyebabkan ia tidak wajar untuk diambil kira setelah jelas bahawa Islam juga tidak menggalakkan umatnya berhutang. Walaubagaimanapun, jika sebab berhutang tersabit dengan haddul kifayah kepada asnaf Gharimin, maka ia boleh diambil kira sebagai tanggungan.

1. Pendapatan suami
[jika pemohon adalah isteri]
5. Lain-lain pendapatan yang diusahakan/sumber hasil lain sama ada dalam bentuk asset alih atau tak alih
*juga termasuk hasil tanah atau rumah yang disewakan atau mengeluarkan hasil tanpa daya usaha harian.
2. Pendapatan Isteri
[jika pemohon adalah suami]
6. Bantuan yang diperolehi daripada mana-mana agensi termasuk manfaat takaful atau insurans.
3. Pendapatan anak-anak atau adik-beradik yang tinggal sama
*biasanya pendapatan setiap isi rumah dianggap menyumbang kepada pendapatan keseluruhan isi rumah kerana berkongsi dapur.
7. Pencen kakitangan awam/pencen kilat [PERKESO] jika pekerja swasta
4. Sumbangan anak yang tinggal berasingan
*biasanya anak-anak dianggap menyumbang sekurang-kurangnya RM 50.00 sebulan melainkan memang diperakui bahawa anak-anak langsung tidak membantu. Anak yang dimaksudkan disini adalah termasuk anak lelaki dan perempuan yang telah berkahwin.
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 18 April 2024, 08:56:55.

Total Visitors

003724103

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.