|

Program Seminar Membina Keluarga Rahmah (MEKAR) Daerah Melaka Tengah MAIM 2026

 

MEK2

MEK3

MEK4

MEK5

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Alhamdulillah semalam telah diadakan Program Seminar Membina Keluarga Rahmah (MEKAR) Daerah Melaka Tengah MAIM 2026 bertempat di Masjid Permatang Duyong.

Majlis perasmian penutup dirasmikan oleh ADUN Duyong yang juga Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi Dan Komunikasi Negeri, YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, hadir sama Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Insan MAIM, Puan Zuraini Bibi binti Mohamed Yusoff.

Seramai 56 keluarga dan 210 orang ahli keluarga asnaf fakir miskin dan muallaf hadir program kali ini.

Pengisian merangkumi sesi ceramah kekeluargaan berkaitan pengurusan emosi, kewangan dan komunikasi keluarga. Untuk kanak-kanak turut diselitkan dengan aktiviti mewarna dan tayangan filem Ejen Ali The Movie.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya : “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. - Hadis Riwayat Muslim.

FB:  Program Seminar Membina Keluarga Rahmah (MEKAR) Daerah Melaka Tengah MAIM 2026

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 31 March 2026, 07:45:49.

Total Visitors

004047472

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat