|

Program Kasih Korban Perdana Bersama Mualaf Negeri Melaka

korban BI2

korban BI4

korban BI1

korban BI3

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Meriah dan penuh keberkatan. Program Kasih Korban Perdana Bersama Mualaf Negeri Melaka. Anjuran Bahagian Balai Islam MAIM dan beberapa NGO Islam antaranya Hidayah Centre Foundation, Badan Kebajikan Persaudaraan Islam Negeri Melaka (BAKPIS), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Melaka, Persatuan Tionghwa Muslim Melaka (PERTIM).

Tiga (3) ekor lembu dikorban dan diagih kepada lebih 500 asnaf dan mualaf. Ramai asnaf mualaf dan kakitangan MAIM hadir meraikan program hebat ini, turut meluang masa Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis bersama Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam MAIM, Ustaz Mohd Nasir bin Wahab.

Semoga usaha dakwah pengorbanan ini mendapat keredaan dan rahmat Allah SWT.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah.” -Surah Al-Hajj ayat 34.

FB:  Program Kasih Korban Perdana Bersama Mualaf Negeri Melaka

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Thursday 09 July 2026, 01:53:20.

Total Visitors

004110202

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

En. Maim
Tanya En. Maim
Kadang-kadang jawapan En. Maim mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.
Tanya En. Maim
Buka chat